"Pesalah rasuah mesti dihukum!"

LONDON: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia pesalah rasuah harus dihukum penjara seumur hidup.

“Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan rasuah, dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam' pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.

Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.

Dalam syarahannya, yang menyentuh mengenai negara Islam dan sistem demokrasi, Dr Mahathir berkata negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi perlu lebih banyak masa untuk memahami pelaksanaan demokrasi.-Bernama

Dr Mahathir

Artikel Berikut

Larangan jualan tiga produk jus

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain