suria

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Dua lagi ditahan

PETALING JAYA: Dua lagi ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pasangan suami isteri itu ditahan di Kiara View, Jalan Dato Suleiman di Taman Tun Dr Ismail kira-kira pukul 10.20 malam, Ahad.

"Lelaki berusia 41 tahun dan isterinya, 39, ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka direman sehingga Jumaat," katanya kepada The Star.

Beliau menambah, wanita tersebut merupakan adik ipar perempuan Nazrin.

Empat yang lain telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu setakat ini.

Isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya, ditahan dan direman pada 4 September lalu, disusuli penangkapan dua remaja pada 8 September.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin dilapor meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku ekoran telefon bimbitnya yang meletup semasa mengecas di bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, di sini.

Namun pada 3 Ogos lalu, Fadzil telah mengklasifikasikan semula kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Nazrin Hassan, bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Lain