suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marsyal tiada kuasa lencong trafik - PDRM

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan semua pengiring atau marsyal tidak dibenarkan untuk mengawal lalu lintas sesuka hati.

Menurut PDRM, penggunaan marsyal dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran polis trafik.

"Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah masyal ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

"Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PDRM pada Ahad.

Kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, pesalah boleh didenda sehingga RM200 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh didenda sehingga RM300.

marsyal, PDRM

Artikel Lain