suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Draf kaedah bayar balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada Kabinet - Wan Saiful

KANGAR: Draf kaedah pembayaran balik hasil kajian holistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu peminjam membayar balik pinjaman mereka akan dibentangkan kepada Kabinet dua minggu lagi, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata walaupun menanggung bebanan kerana jumlah hutang yang tidak dibayar oleh peminjam sangat tinggi, PTPTN mempunyai tanggungjawab untuk membantu peminjam melunaskan pinjaman mereka.

“Saya tidak boleh dedahkan lagi kandungan draf tersebut,” katanya ketika        ditemui pemberita selepas meninjau kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, antara 21 sekolah menengah yang rosak dibadai ribut pada Isnin lepas, Ahad.

Pada Khamis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberi syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur berkata kerajaan menanggung hutang terkumpul sebanyak RM36 bilion ekoran kegagalan peminjam membayar balik pinjaman.

"Saya amat berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana menimbulkan isu ini,” kata Wan Saiful.

Katanya peminjam yang mampu seharusnya membayar pinjaman tanpa perlu menunggu dikenakan tindakan undang-undang barulah hendak membayar.-Bernama

PTPTN, Wan Saiful

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain