Cemas! Penerjun terbabas ke balkoni Wisma Sanyan

SIBU: Penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri Dataran Sibu seawal 8 pagi hari ini cemas apabila salah seorang penerjun terbabas ke balkoni di tingkat 16 Wisma Sanyan ketika melakukan terjunan.

Bagaimanapun penerjun Kanada yang dikenali sebagai Aaron Major yang berusia 52 tahun tersebut sempat berpaut pada besi balkoni bangunan 27 tingkat (126 meter tinggi) sebelum memanjatnya untuk menyelamatkan diri.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi “Saya ada bercakap dengan beliau selepas insiden itu dan beliau berada dalam keadaan baik.

Beliau memberitahu kejadian berlaku kerana posisi badannya yang salah dan bernasib baik dapat berpaut pada besi di balkoni,”katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp.

Sibu International Base Jump 2018 edisi ke-10 tahun itu anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Malaysia BASE Association yang telah berjaya menarik penyertaan 34 penerjun antarabangsa tujuh penerjun wanita berakhir petang ini.

Diadakan sejak Jumaat lalu, acara itu adalah untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Sibu dan kawasan tengah Sarawak.-- Bernama

Wisma Sanyan, base jump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain