Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada pendakwaan diteruskan berhubung isu kontroversi pemilikan tanah Felda yang akan dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

"Ya betul itu.. tiada kes," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Semalam, syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd telah tampil menjelaskan isu pemindahan pemilikan tanah berkenaan.

Jurucakap Synergy Promenade berkata, Kuala Lumpur Vertical City yang bakal dibina di atas tanah milik Felda di Jalan Semarak itu pada asalnya bagi merealisasikan hasrat Felda yang mahu membina tiga menara, setiap satunya mempunyai ketinggian 68, 75 dan 70 tingkat yang beranggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sehingga RM2.5 bilion.

Bagi keperluan pembiayaan untuk menyempurnakan projek pembangunan itu, syarikat memindahkan sebahagian hak milik tanah bagi membolehkan syarikat mendapat kewangan yang mana caj ke atas tanah tersebut akan dijamin pihak pertama sebagai jaminan.

Menurut jurucakap itu, berhubung pemindahan hak milik tanah berkenaan, timbul beberapa tuduhan seperti salah guna kuasa, rasuah, dan salah laku.

"Untuk pengetahuan, proses pemindahan hak milik berkenaan dilakukan selaras dengan perjanjian yang dicapai antara pihak kami, Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

"Kami juga telah mematuhi syarat dan prosedur yang sepatutnya iaitu menerusi Pejabat Tanah dan Galian," katanya.

Felda

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain