Pekerja tertimbus ketika pasang paip bawah tanah ditemui maut - Semasa | mStar

Pekerja tertimbus ketika pasang paip bawah tanah ditemui maut

Tapak projek menjadi lokasi seorang pekerja dikatakan tertimbus ketika kerja pasang paip bawah tanah dilakukan, pagi Ahad. Gambar kecil: Lee Kon Sin

SHAH ALAM: Pekerja binaan yang dilaporkan tertimbus ketika memasang paip bawah tanah di Jalan Projek Permatang Pasir-Bukit Jugra, Banting pagi Ahad ditemui meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, mangsa dikenali sebagai Lee Kon Sin, 62, ditemui pada jam 2.26 petang.

“Mangsa yang ditemui disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, nasib seorang pekerja binaan yang dilapor tertimbus ketika memasang paip bawah tanah di Jalan Projek Permatang Pasir-Bukit Jugra, Banting pagi Ahad masih belum diketahui.

Mohd Rizal Buang berkata sebelum ini, pihaknya menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa dikenali sebagai Lee Kon Sin, 62.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku di tapak projek pembangunan loji rawatan air Labohan Dagang Daerah Kuala Langat pada jam 11.36 pagi.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain