suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR terima makluman kekosongan kerusi Parlimen Port Dickson

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Port Dickson pada Rabu.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi berkenaan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah diterima daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sehubungan itu, katanya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

"Tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan nanti oleh pihak SPR," katanya dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Danyal Balagopal dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pada Rabu mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Presiden PKR itu kembali ke Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Danyal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti selesa 17, 710 undi.

Danyal memperoleh 36,225 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional V.S. Mogan (18,515 undi) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594 undi). - Bernama

SPR, Port Dickson

Artikel Lain