Wanita wajar kembangkan bakat, bantu sosio ekonomi keluarga - Semasa | mStar

Wanita wajar kembangkan bakat, bantu sosio ekonomi keluarga

Nurzarina (depan) bersama AJK WE pada acara Merdeka Neon Fitness Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Golongan wanita disarankan supaya tidak mengehadkan kemampuan diri jika ingin menaik taraf kehidupan masing-masing.

Pengerusi Pertubuhan Wanita Elit (WE) Datin Seri Nurzarina Sepran berkata, banyak sumber atau platform yang boleh mereka sertai untuk mengembangkan lagi bakat atau kebolehan masing-masing dalam membantu meningkatkan sosio ekomoni keluarga.

"Di WE sendiri, kami membuka dan memberi peluang kepada semua golongan wanita tanpa mengira status atau latar belakang untuk sama-sama menjana ekonomi.

"Setiap manusia melalui pelbagai cabaran hidup terutama dari segi sumber kewangan yang terhad.

"Jadi, kami sedia bantu menyalurkan idea atau pertolongan yang sesuai bagi memastikan golongan wanita ini mempunyai motivasi diri untuk lebih berjaya," ujarnya ketika ditemui pada Merdeka Neon Fitness hujung minggu lalu.

Menurut Nurzarina,33, WE turut merancang akan menubuhkan sebuah e-mall bagi golongan wanita mempromosikan produk atau barangan jualan masing-masing.

Buku istimewa untuk wanita akan dilancarkan pada 11 September ini.

"Kami sentiasa positif untuk  melahirkan wanita hebat, berdaya saing, berilmu, berkemahiran, berketerampilan, disamping dapat menjalinkan ukhuwah sambil berjihad dalam mencari rezeki halal serta menyumbang kepada pembangunan diri dan keluarga.

"E-mall ini sebagai platform untuk mereka  menjual produk keluaran sendiri dan pihak WE akan membantu menggunakan saluran yang betul.

"Ia mungkin mengambil masa sedikit untuk menjadikannya realiti, tetapi saya yakin WE mampu melakukannya dengan sokongan semua pihak," tambahnya yang bakal melancar buku motivasi Rahsia Aura Wanita pada 11 September ini.

Dalam pada itu, Nurzarina berkata, program kecergasan yang dianjurkan ini merupakan aktiviti pertama WE tahun ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ditubuhkan pada 2016 dan kini sudah mengumpul 250 ahli.

WE , Datin Seri Nrrzarina

Artikel Sebelum

Anwar sudah puas 'bercuti' di Sungai Buloh

Artikel Berikut

Kerajaan komited laksana gaji minimum RM1500

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain