suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

45 minit SPRM rakam percakapan Najib

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan SRC International Sdn. Bhd.

Beliau tiba di akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini pada pukul 4.58 petang Selasa dan dirakam percakapan selama 45 minit.

Najib dijangka didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara.

Sebelum ini, gambar kenderaan milik Najib meninggalkan kediamannya di Langgak Duta tular sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, SPRM

Artikel Lain