suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafi ditawar RM25 juta untuk kosongkan kerusi demi Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu daripada parti PKR, P. Prabakaran (gambar) menafikan dakwaan yang mengaitkan tawaran berjumlah RM25 juta diberikan kepadanya bagi mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia palsu. Bagaimana saya nak komen ke atas perkara yang palsu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Selasa.

Prabakaran, 22, merupakan ahli Parlimen termuda yang dilantik turut berkata bahawa pihak yang membuat dakwaan itu sudah mengakui bahawa ia adalah khabar angin.

"Saya rasa dia sangat sukakan saya dan mahu saya jadi terkenal," tambah beliau.

Prabakaran berkata demikian ketika mengulas 'tweet' yang ditulis oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin.

Prabakaran bertanding sebagai calon bebas di kerusi Batu pada 9 Mei selepas Tian Chua tidak layak bertanding.

Pelajar undang-undang itu menyertai PKR selepas memenangi kerusi tersebut.

Prabakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain