Krim tangan 'harga melampau', Adamdidam dikecam netizen

PETALING JAYA: Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Adamdidam dikecam netizen gara-gara sebuah iklan krim tangan yang tular di media sosial.

Paparan skrin iklan dari Instastory milik chef popular itu ditularkan di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 7,000 kali.

Iklan tersebut dikecam selepas Adamdidam meletakkan harga yang dikatakan agak melampau bagi produk dari England itu.

Adamdidam menjual produk itu pada harga RM100 seunit dengan kos penghantaran percuma.

Berdasarkan carian di Internet, krim tangan bersaiz 50ml itu berharga 1.75 pound sterling (RM9.30).

Seorang pengguna Twitter, Jaja Bingo menyifatkan harga produk tersebut sebagai tidak masuk akal.

"Adakah dia bergurau dengan saya? Nak cepat kaya ke? Benda ni dalam RM10 je kot.

"Over sangat. Taulah public figure tapi agak-agaklah," katanya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan tweet berkenaan.

Paparan skrin iklan krim tangan yang dipromosikan Adamdidam tular di Twitter.

Shasha Johari berkata:" B**** mahal dia jual... agak-agaklah nak mark up pun. Mesti ada jawapan coverline nanti."

Sementara itu, Syaril Mirza dalam nada sinis berkata, produk tersebut mungkin tidak dapat dibeli di negara ini.

"Tak ada kat Malaysia kot. Biasalah. Tudung kos sehelai 2.50, artis jual 250 habis je... made ini Vietnam lagi," katanya.

Seorang lagi pengguna netizen @azlxns turut mempertikaikan harga melampau produk tersebut.

"Tak logik langsunglah. Krim tangan tu RM10 je. Kalau nak mark up 20 ke 30 tak pelah... 50 pun okay lagi, ni sampai 100. Nak kata kos bawa balik tak masuk akallah sampai 100," katanya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Adamdidam berkaitan iklan tersebut masih belum berhasil.

Adamdidam merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, United Kingdom.

Jejaka dari Kelantan itu mempunyai 336,000 pengikut di Instagram.

Adamdidam, iklan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain