suria

MP PKR sedia lepas kerusi untuk Anwar?

Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR sanggup melepaskan kerusi mereka bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi parlimen, kata Ahli Parlimen, William Leong Jee Keen.

Beliau menafikan khabar angin bahawa beliau diminta untuk mengosongkan kerusinya, tetapi memberitahu dirinya senang hati melakukannya sekiranya diminta berbuat demikian.

"Mana-mana Ahli Parlimen PKR akan memberikan laluan kepada beliau. Setakat ini, saya tidak mengetahui sebarang perbincangan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau menyuarakan kesediaannya untuk berbuat demikian meskipun terdapat penalti yang dikenakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang mengosongkan kerusi mereka sebelum penggal berakhir.

Wakil rakyat yang berbuat demikian tidak dibenarkan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun.

"Pengundi-pengundi Selayan akan gembira menerima bakal perdana menteri sebagai ahli Parlimen mereka.

"Ia adalah parti dan logo yang sama, hanya personaliti yang mewakili mereka lebih besar," katanya.

Anwar baru-baru ini memberi isyarat bahawa belum mungkin kembali ke Parlimen.

Pakatan Harapan berkempen pada pilihan raya umum ke-14 dengan platform bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, sebelum menyerahkannya jawatan itu kepada Anwar.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menyuarakan bahawa beliau mungkin bertahan lebih lama memegang jawatan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain