suria

Nurul Izzah pertahan jawatan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar bersedia mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu.

Ini disahkan sendiri oleh Nurul Izzah dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menghantar kertas pencalonan bagi pihaknya di ibu pejabat PKR pada Ahad.

Menurut Fahmi, Nurul Izzah tidak dapat menghantar kertas pencalonan itu sendiri kerana beliau terpaksa kembali ke kawasannya.

Bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR, masih belum dicabar mana-mana individu untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Anwar dicadangkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan disokong Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Fahmi yang akan bertanding jawatan dalam majlis kepimpinan pusat (MPP) berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai pengarah komunikasi parti itu.

"Tidak seperti pada pemilihan parti sebelum ini, saya tidak lagi boleh memegang jawatan pengarah komunikasi kecuali diarahkan biro politik.

"Akan ada pengumuman mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan itu.

"Namun media masih boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat selain pemilihan parti," katanya.

Nurul Izzah, naib presiden, PKR

Artikel Sebelum

Anwar sah presiden PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain