Bukan dera tapi geram sayang! - Semasa | mStar

Bukan dera tapi geram sayang!

Nur Hazwany bersama Acha berry.

PETALING JAYA: "Tolong berhenti kecam anak saya. Dia bukan cari publisiti murahan."

Demikian kata Shagul Harmany, 47, bapa kepada Nur Hazwany Saffa yang dikecam gara-gara video kononnya dia mendera seekor kera tular di media sosial baru-baru ini.

Shagul yang kecewa dengan reaksi netizen susulan penyebaran video tersebut menyifatkan perbuatan anaknya itu telah disalah anggap.

"Sebenarnya anak saya bukan mendera kera peliharaannya yang dikenali sebagai Acha berry. Dia hanya melawak. Dia melawak dengan disaksikan 12 mata, mak mertua saya pun ada sekali ketika itu.

"Acha berry amat nakal sehingga buat kita geram. Geram yang anda lihat dalam video tu bukan geram marah, itu orang cakap geram sayang.

"Dia suka usik mata saya termasuk (mata) tiga beruk lain. Dia memang suka menyakat," katanya yang turut memelihara tiga ekor beruk dikenali sebagai Atan, Enot dan Ngat di kediamannya di Kajang, Selangor.

Menurut Shagul, dakwaan netizen bahawa perbuatan tersebut berunsur penderaan adalah tidak masuk akal kerana mereka sekeluarga merupakan pencinta haiwan.

"Kami semua sayang Acha berry termasuk Atan, Enot dan Ngat. Dalam banyak-banyak, Acha berry paling disayangi kerana dia dipelihara sejak dari lahir lagi.

Keluarga Nur Hazwany amat menyayangi haiwan peliharaan mereka itu.

"Cara dia diambil sebagai haiwan peliharaan amat unik kerana dia berjaya diselamatkan daripada dibunuh di sebuah ladang di Raub, Pahang. Ketika itu saiznya lebih kecil daripada smart tag," katanya.

Kata bapa kepada tiga anak itu, dia membelanjakan sekitar RM500 untuk membeli pampers dan makanan empat haiwan peliharaannya itu.

"Acha berry, Atan, Enot dan Ngat semua pakai pampers kalau mereka dalam rumah. Saya takut mereka kencing merata-rata.

"Kos pampers dan tisu basah sekitar RM100 sebulan. Setiap minggu RM100 untuk buah-buahan segar. Itu belum masuk McD dan piza kerana mereka gemar makan makanan western," katanya.

Tak ada perasaan bila 👻 keluar

A post shared by azua saffa (@azuasafs) on

Ditanya tentang reaksi anak sulungnya itu selepas menerima kecaman hebat netizen, Shagul yang bekerja sebagai kontraktor mendedahkan anaknya itu mengalami tekanan.

"Dia menangis dan tertekan selepas video itu jadi viral. Malah dia diarahkan untuk ambil cuti oleh majikan gara-gara kecaman netizen.

"Saya agak terkilan juga dengan komen netizen. Marah juga bila baca komen yang menyakitkan hati tapi saya tak nak layan. Jika dilayan makin menjadi... jadi biarkan sahaja mereka," katanya.

Sementara itu, gadis berusia 21 tahun itu yang bekerja sebagai perunding kecantikan berkata video tersebut dikongsi salah seorang rakannya di InstaStory dengan niat untuk bergurau.

"Kawan saya itu 'salah bergurau'. Dia repost dekat IG story dia, jadi followers dia pun salah anggap lepas tengok video itu.

"Antara saya dan kawan saya dah selesai. Dia dah pun minta maaf sebab tak ada niat pun nak viralkan video tersebut," katanya.

Acha berry kini berusia dua tahun setengah.

Dalam pada itu, Nur Hazwany berharap agar netizen tidak menghukum dirinya dengan bahasa hina dan kesat tanpa mengetahui keadaan sebenar.

"Dalam video tu geram bukan marah. Kalau nak tau beza dera dengan gurau anda boleh lihat sendiri. Adakah kera itu menjerit dan meronta? Saya cuma cekak pakai dua jari sahaja, ibu jari dengan jari telunjuk dan automatik kera itu ternganga.

"Acha berry memang kuat berlakon. Dia sangat manja. Jadi saya alu-alukan anda datang ke rumah jika nak tengok cara dia bergurau. Bukan itu sahaja, macam-macam cara dia boleh tunjuk," katanya yang turut bekerja sebagai model sambilan.

kera , viral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain