suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi serah borang tanding timbalan presiden

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan PKR 2018.

Borang pencalonannya dihantar kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita kira-kira 12 tengah hari.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof sehingga tengah hari pada Ahad, dua borang pencalonan bagi jawatan naib presiden diterima iaitu daripada Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya Micheal Tamil.

Sebanyak 22 borang pencalonan diterima bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menawarkan 20 jawatan. - BERNAMA

Rafizi Ramli, timbalan presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain