suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah pegawai MPK disimbah cat merah

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Kediaman seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) disimbah dengan cat merah pada Jumaat lepas, dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menutup restoran milik warga asing di kawasan bandar itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Muhamad Laham berkata kejadian disedari oleh mangsa ketika keluar dari rumah di Jalan Pimping, Kampung Dato Abdul Rahman YassiMKn di sini untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira 5.45 pagi.

Katanya, cat didapati disimbah di kedua-dua tiang pagar rumah dan berikutan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, dia lantas membuat laporan polis di balai berdekatan pada pukul 8 pagi.

“Mangsa yang berusia 43 adalah ketua penguatkuasa MPK yang mengetuai beberapa operasi penguatkuasaan terhadap premis warga asing. Namun, setakat ini, belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat (merosakkan harta benda).-Bernama

Cat merah, pegawai, mpk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain