suria

Anwar sah presiden PKR

PETALING JAYA: Selepas lapan tahun di belakang 'tabir', Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding selepas tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang Ahad.

Anwar menggantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang telah memegang jawatan sejak parti yang diasaskan pada tahun 1999.

Kertas pencalonan itu difailkan oleh pengarah strategik parti Sim Tze Tzin bagi pihak Anwar pada 11.15 pagi Ahad (5 Ogos) di ibu pejabat parti itu.

Setakat 5 petang, tidak ada calon yang menamakan diri mereka untuk bertanding jawatan presiden PKR.

Anwar sebelum ini adalah pemimpin PKR, kedudukan yang dipegangnya sejak parti itu dibentuk hampir 20 tahun yang lalu.

Pengesahkan itu menyaksikan spekulasi  besar bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden berakhir.

Terdahulu, wakil-wakil Azmin menghantar borang pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden kira-kira pukul 4.45 petang.

Ini bermakna Azmin bakal berdepan dengan Rafizi Ramli, yang juga mahukan jawatan itu.

Senarai penuh pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Presiden

Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden

Rafizi Ramli

Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden

William Leong

Michael Thamil

Nurul Izzah Anwar

Johari Abdul

Kesavan Subramaniam

Balasubramaniam

Xavier Jayakumar

Tian Chua

Azan Ismail

Vasantha Kumar

Zuraida Kamaruddin

Shamsul Iskandar Mohd Akin

**Sebanyak 86 borang pencalonan diterima untuk jawatan ahli MPP

Ketua Wanita PKR

Fuziah Salleh

Haniza Talha

Timbalan Ketua Wanita PKR

Dr Daroyah Alwi

Rodziah Ismail

Naib Ketua Wanita PKR

Chrisnadia

Faezah Ariffin

Chua Yee Ling

Wasanthee

Sivamalar Sangeetha

Rahimah Majid

**Sebanyak 45 borang pencalonan diterima untuk jawatan Exco Wanita PKR Pusat

Ketua AMK

Akmal Narullah Mohd Nasir

Najwan HalimiDr Afif BahardinTimbalan Ketua AMK

Naqiuddin Nazri

Raymond Ahuar

Muhammad Hilman Idham

Naib Ketua AMK

Thiban Subramaniam

Chua Wei Keat

Ahmad Shukri Che Ab Razab

Mohd Nazree Mohd Yunus

Loh Ker Chean

Jestin Raj Savarimuhtu

Siau Sy Jen

**Sebanyak 49 borang pencalonan diterima untuk jawatan Exco AMK Pusat


Anwar Ibrahim, PKR, Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain