suria

Pakatan Harapan menang PRK Sungai Kandis

Zawawi Ahmad Mughni.

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Zawawi Ahmad Mughni menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Zawawi menerima 15,427 undi, Lokman menerima 9,585 undi dan calon bebas, K.Murthy menerima 97 undi.

Zawawi menerima majoriti 5,842 undi, berikutan jumlah pengundi yang lebih rendah menyumbang kepada bilangan majoriti yang kecil.

PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, akibat kanser pada 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi mengekalkan kerusi itu untuk penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya umum lepas dengan majoriti 12,480 undi menerusi pertandingan empat penjuru melawan BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain