suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwin bawah umur: "Haramkannya, titik!"

Marina Mahathir.

PETALING JAYA: Anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina menggesa kerajaan mengenakan larangan menyeluruh terhadap perkahwinan kanak-kanak, lapor MalaysiaKini.

"Haramkannya, titik. Tiada 'jika' dan 'tapi', tiada syarat," katanya dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu kepada pemberita ketika ditanya apakah langkah yang perlu diambil kerajaan berhubung perkara itu.

Marina yang merupakan aktivis sosial kesal perkara mengenai perkahwinan kanak-kanak hanya menumpukan peraturan dan prosedur, bukannya hak dan kebajikan kanak-kanak yang dikahwinkan.

"Apa yang membuatkan saya kecewa adalah semua orang bercakap tentang peraturan, kawalan, prosedur, undang-undang.

"Tiada yang bercakap tentang kebajikan kanak-kanak (yang terlibat) sedangkan itulah sepatutnya yang menjadi fokus kita," katanya lagi.

Isu perkahwinan kanak-kanak kembali menjadi perhatian selepas laporan mengenai seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, Jun lalu.

Lelaki berkenaan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang bagi dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Pada masa ini, had umur perkahwinan bagi lelaki beragama Islam adalah 18 tahun dan perempuan 16 tahun, tetapi pengecualian boleh dibuat dengan keizinan Mahkamah Syariah.


Marina Mahathir, kahwin, budak

Artikel Berikut

Artikel Lain