suria

Tiada virus HFMD di Setia City Mall

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan virus penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dikesan di Setia City Mall sebagaimana tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata beliau telah mendapatkan pengesahan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bahawa dakwaan itu tidak benar.

Dalam satu kenyataan, Dr Khalid berkata Kementerian Kesihatan memandang serius dakwaan yang tular di media sosial yang mendakwa Jabatan Kesihatan MBSA memaklumkan virus HMFD dikesan di pusat membeli-belah itu.

"Siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar," katanya.

Justeru, Dr Khalid menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu maklumat atau berita berkaitan HMFC sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

"Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan terlebih dahulu," katanya.

Setia City Mall, HFMD

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain