SPSB fail permohonan batal Pernyataan Pembelaan - Semasa | mStar

SPSB fail permohonan batal Pernyataan Pembelaan

Shahrir Abdul Samad

PETALING JAYA: Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB)  telah memfailkan satu permohonan untuk membatalkan pembelaan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada 18 Julai lalu.

Menurut kenyataan SPBT, tindakan itu adalah susulan daripada penelitian Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan oleh Shahrir pada 6 Julai lalu yang gagal sama sekali memberikan butir-butir atau alasan-alasan mengapa kenyataan-kenyataan media telah dibuat terhadap SPSB.

"Ekoran daripada permohonan SPSB diatas, Shahrir kini ingin meminda Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan supaya Pernyataan Pembelaanya tidak dibatalkan.

"Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas telah menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes permohonan-permohonan tersebut".

SPSB diwakili oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan manakala Tetuan Zul Rafique & Partners mewakili Shahrir.

SPSB

Artikel Sebelum

Tiada virus HFMD di Setia City Mall

Artikel Berikut

Artikel Lain