Pengantin 11 tahun: 'Bapa berang' tulis surat terbuka kepada TPM - Semasa | mStar

Pengantin 11 tahun: 'Bapa berang' tulis surat terbuka kepada TPM

wan azizah
Dr Wan Azizah Wan Ismail. Foto Bernama

PETALING JAYA: Seorang bapa berusia 40 tahun mula mengadakan petisyen dalam talian bagi meminta perkahwinan kanak-kanak diharamkan, telah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri di atas tindakannya yang tidak agresif.

Umran Kadir, seorang rakyat Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom berkata, petisyennya di change.org menerima hampir 22,000 tandatangan sejak dia memulakannya pada 11 Julai (12 Julai waktu Malaysia).

"Ini merupakan inisiatif sendiri tanpa disokong mana-mana organisasi.

"Ia disokong oleh orang ramai dari pelbagai agama dan latar belakang, termasuk sejumlah besar lelaki dan wanita beragama Islam.

"Saya merasakan ia adalah tanggungjawab saya untuk mencuba dan menterjemahkan semua momentum ke dalam keputusan yang konkrit, jadi saya telah membuat surat terbuka kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Beberapa kumpulan mempersoalkan Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana mengambil masa untuk bertindak terhadap kes yang membabitkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Kelantan yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun.

Pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya turut menyelar Dr Wan Azizah kerana melengahkan tindakan itu.

Dr Wan Azizah , budak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun M rasmi lampu limpah Litar SIC

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

6 polis cedera helikopter terhempas