“Kami hanya lambat 6 minit” - Semasa | mStar

“Kami hanya lambat 6 minit”

Liew Vui Keong
Liew Vui Keong.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong membidas mengenai insiden tidak cukup korum di Parlimen, dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hanya lewat selama enam minit.

Beliau berkata, ramai ahli Parlimen perlu menghadiri mesyuarat di luar Parlimen selepas pukul 2.30 petang Selasa (24 Julai), termasuk beliau yang mengadakan pertemuan dengan Majlis Peguam.

"Apabila loceng itu dibunyikan untuk kali kedua pada pukul 2.36 petang, kami sudah cukup korum.

"Tidak ada masalah di sini, menurut penyata rasmi parlimen, kami hanya lewat antara empat hingga enam minit," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan sementara pada Selasa kerana tidak cukup korum.

Walaupun kelewatan itu hanya berlangsung beberapa minit, ia telah dikongsi secara meluas di media sosial.

Segelintir mereka kecewa dengan insiden itu, dan ada yang menerimanya kerana beberapa Ahli Parlimen sangat sibuk dengan tanggungjawab lain, termasuk tugas mereka di kementerian.

Vui Keong berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada ketua whip parlimen masing-masing.

"Kami akan menghantar nama kepada ketua whip untuk memastikan ada jadual yang sepatutnya bagi ahli Parlimen untuk berada di Dewan Rakyat," katanya.

Ditanya sekiranya terdapat usaha untuk mengurangkan elaun ahli Parlimen yang gagal menghadiri sesi Parlimen, beliau berkata, ia hanya akan dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet.

"Tidak, tidak, kita tidak akan berbuat demikian, kerana segelintir Ahli Parlimen masih baharu dan mereka tidak memahami maksud apabila loceng berbunyi dua kali.

"Saya akan menunggu tindakan seterusnya daripada Perdana Menteri," katanya.

Parlimen , Dewan Rakyat , Liew Vui Keong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Elaun MP 'malas' dipotong?

"Parlimen tak tempah daging Wagyu"

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?