suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang rentung, kuarters guru terbakar

Kebakaran di kuarters guru di SK Batu Bungan. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

MIRI: Seorang guru wanita berusia 25 tahun rentung manakala dua lagi melecur dalam satu kebakaran di kuarters guru di Taman Negara Mulu, awal pagi Rabu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, insiden berlaku di SK Batu Bungan pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Pasukan bomba menemui mayat di dalam bangunan selepas memadamkan kebakaran," katanya.

Poh Kiong berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Catherine Janet Tawi.

Katanya, dua mangsa lain adalah wanita, mengalami kesan melecur sebanyak 20 peratus di atas badan mereka. 

Mereka kini dirawat di klinik di sini dan akan dibawa ke Hospital Miri.

Poh Kiong berkata, seramai lapan orang tinggal di kuarters itu dan penghuni yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Beliau menambah, punca kebakaran sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain