26 kelongsong peluru ditemui di luar pusat hiburan - Semasa | mStar

26 kelongsong peluru ditemui di luar pusat hiburan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras di sini gempar apabila sekurang-kurangnya 26 das tembakan dilepaskan di luar premis itu malam Jumaat, insiden tembakan kedua membabitkan pusat hiburan di sini susulan insiden pertama di Bukit Bintang pada 24 Jun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menemui 26 kelongsong peluru kaliber 5.56 milimeter (mm) di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden itu, kira-kira 9.30 malam.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian turut menemui 18 helaian kertas bersaiz A4 yang memaparkan gambar dua lelaki dipercayai berbangsa Cina. Bagaimanapun tiada mangsa yang tercedera dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Beliau berkata kesemua kertas terbabit ditemui pada jarak kira-kira 22 meter dari lokasi suspek melepaskan tembakan.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di sekitar kawasan kejadian.

“Polis juga menyiasat dengan terperinci sama ada kes tembakan ini mempunyai kaitan dengan satu lagi kejadian tembak di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi ASP Mutazlim Hamdan di talian 03-92050222 atau 019-7842754, Insp Mohamad Syafiq Mohamad Rusdin di talian 03-92050222 atau 018-2404072 dan Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584.

Pada 24 Jun lepas, orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam.

Difahamkan, tembakan itu dilepaskan mungkin sebagai tanda amaran kerana perselisihan faham berkaitan perniagaan. - BERNAMA

kelongsong peluru , pusat hiburan

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain