Azalina tanding MT, cadang tubuh Institut Kajian Politik - Semasa | mStar

Azalina tanding MT, cadang tubuh Institut Kajian Politik

azalina
Azalina Othman Said. Foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti kali ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan demografik lanskap politik hari ini memerlukan kerja keras dari semua peringkat bagi mengembalikan dan membina semula parti keramat Umno. 

Jelasnya, kealpaan dalam menilai suara akar umbi pada pilihan raya umum yang lalu memberi natijah yang besar kepada parti.

"Namun saya percaya, rata-rata ahli Umno masih setia dan mengharap perubahan drastik berlaku dalam parti ini. Justeru, saya dengan penuh rasa tanggungjawab menawarkan diri sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan sesi 2018-2021.

"Saya akan memastikan suara akar umbi menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan dalam parti. Umno perlu bertindak sebagai saluran kepada suara akar umbi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diperjuangkan dan dibela. 

"Umno kini sebagai pembangkang, perlu menggalas tugas itu dengan menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azalina berkata, dalam mendepani cabaran hari ini, Umno perlu menunjukkan kematangan politik agar dihormati 'kawan dan lawan'.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan sebuah Institut Kajian Politik ditubuhkan bagi membantu Umno dalam memperhalusi isu-isu semasa rakyat khususnya yang menyentuh masyarakat Melayu. 

"Saya percaya pemilihan kali ini mampu menjadi pemulaan yang baik kepada perubahan Umno yang lebih gemilang," katanya.

Azalina Othman Said , Umno

Artikel Sebelum

Lagi video Jamal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini