suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus hartanah didakwa rogol rakan sekerja

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan merogol rakan sekerjanya, Januari lalu.

Lee Chee Thian, 40, didakwa merogol seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kondominium di Jalan Pinang di sini pada 2.50 pagi, 25 Januari lalu mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan jaminan namun peguam Loke Kok Mun yang mewakili Lee, bapa kepada seorang anak, memohon jaminan dibenarkan dengan jumlah minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga.

Hakim Noradura Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

rogol

Artikel Lain