suria

Parti komponen Pakatan sibuk pilih calon menteri Kabinet

KLANG: Parti komponen Pakatan Harapan nampaknya sibuk menyenarai pendek calon untuk jawatan bagi barisan menteri yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

DAP yang sudah pun mempunyai empat menteri dijangka memperoleh sekurang-kurangnya tiga jawatan lagi.

Sumber dalaman parti berkata, beberapa anggota senior DAP telah dikenal pasti bagi mengisi jawatan-jawatan itu.

"DAP dijangka menamakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming bagi mengisi kuota mereka," kata sumber, dengan merujuk Teresa yang mungkin diberikan portfolio Kementerian Pelancongan.

Tan Kok Wai yang merupakan pengerusi DAP juga disenaraikan.

Bagaimanapun, Kok Wai dilaporkan memberitahu akhbar berbahasa Cina bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan menteri kerana merasakan seorang pemimpin senior wanita seperti Teresa lebih sesuai mengisi barisan menteri itu.

Kok Wai ketika dihubungi mengesahkan beliau tidak mempunyai "kemahuan yang kuat" untuk menjadi menteri kabinet.

"Parti juga mahu wakil dari Sarawak dan kemungkinan pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin) turut dimasukkan dalam senarai Kabinet bagi DAP," kata sumber,

Menurut sumber, Ahli Parlimen Segambut-DAP, Hannah Yeoh yang mungkin dilantik sebagai Speaker atau timbalan Speaker berikutan rekod lima tahunnya yang memberangsangkan memegang jawatan itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"(Bagaimanapun), terdapat ramai lagi yang lebih senior berbanding beliau dalam Pakatan Harapan, dan kita beranggapan beliau mungkin menjadi timbalan," kata sumber.

Hannah ketika dihubungi berkata: "Jawatan bukanlah hak mutlak kita sebagai ahli politik, dan kita mempunyai lebih banyak wakil rakyat sekarang untuk melakukan tugas itu."

Mengenai dirinya, Hannah berkata, adalah lebih baik sekiranya beliau tidak diberi sebarang jawatan.

"Saya sudah begitu teruja dengan komposisi Parlimen yang baru," katanya.

Mengenai PKR, yang dijangka mempunyai jumlah menteri paling banyak dalam 28 menteri Kabinet 28 yang disebut-sebut, dengan sumber mengatakan bahawa rundingan masih berterusan.

Sumber PKR berkata, adalah sukar untuk memilih calon menteri dalam parti kerana terdapat ramai yang setia dengan parti sejak era Reformasi.

"Jika Tian Chua bertanding, beliau sudah tentu menjadi salah seorang menteri.

"Tetapi memandangkan beliau bukan wakil rakyat, nampaknya Ahli Parlimen Selayang, William Leong mungkin dipilih," kata sumber.

Tambah sumber, Bendahari Agung PKR dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew mungkin turut dipertimbangkan.

"Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar mungkin mendapat portfolio Kementerian Kerja Raya," kata sumber.

Sumber berkata, turut disebut-sebut adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah yang mungkin disebut-sebut sebagai Menteri Luar.

Sumber yang juga seorang wakil rakyat berkata, para pengikut setia Anwar juga dijangka akan dipilih sebagai menteri.

"Kita dengar Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan dipilih sebagai menteri kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan tertinggi parti sejak dulu," kata sumber.

Saifuddin kini merupakan setiausaha agung parti.

Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya agak senyap ketika ini.

Spekulasi yang timbul hanyalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mungkin menjadi pilihan Amanah bagi barisan menteri untuk parti itu, manakala Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin diberikan portfolio Kementerian Belia dan Sukan.

Ketika ini, 12 menteri dilantik dan 13 portfolio diisi dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam barisan Kabinet ketika ini juga menyaksikan kedua-dua Amanah dan PPBM masing-masing mempunyai tiga menteri manakala DAP dengan empat dan dua bagi PKR.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, senarai itu mungkin dimuktamadkan pada minggu ini.

DAP, Amanah, PKR, PPBM, Kabinet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain