suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Bakar dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu

Dr Ismail Bakar.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Ismail, 58, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan sehingga 14 Jun ini, dan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 14 Mei lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Ismail, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun, berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan menerusi karier perkhidmatannya.

Sebelum pelantikan itu, Ismail ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Pengarah Belanjawan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington.

Ismail berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.

“Saya percaya menerusi pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan visi Kementerian Kewangan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara,” kata Ali. - BERNAMA

Artikel Lain