suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd Shukri

Ahmad Zahid (dua, kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn pada Selasa. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pernah berjumpanya dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan selaku perdana menteri berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia di luar maklumat saya. Tidak ada (pertemuan),” kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Umno di ibu pejabat parti, Selasa.

Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan Mohd Shukri dalam satu sidang akhbar hari ini bahawa SPRM ada menemui jemaah menteri ketika itu berhubung skandal 1MDB yang didakwa melibatkan Najib.

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas presiden parti, kemudian turut bertanyakan soalan tersebut kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang hanya menjawab “tidak” sambil menggeleng kepala.

Mohd Shukri dalam sidang media itu berkata daripada kesemua menteri yang ditemui pihaknya, hanya tiga berani bersuara iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - BERNAMA

Ahmad Zahid, Mohd Shukri, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Lain