suria

Paul Low sahkan Mohd Shukri ada hubunginya

Paul Low.

PETALING JAYA: Datuk Paul Low mengesahkan beliau telah dihubungi Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selepas dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan apabila menyiasat 1MDB.

Low yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau dihubungi Mohd Shukri (ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) tetapi tidak banyak yang boleh dilakukannya.

"Apabila dua pegawai ditukar, saya melakukan apa yang boleh untuk memindahkan mereka semula ke SPRM," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ditukar ke Jabatan Perdana Menteri pada April 2017.

Ia susulan siasatan SPRM terhadap derma Arab bernilai RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International yang dipindahkan ke akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media pada Selasa, Mohd Shukri mendedahkan beliau ada berhubung dengan Low dan seorang lagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahidan Kassim bagi membantu mengembalikan semula tugas kepada dua pegawai terbabit.

Mohd Shukri dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan 14 Mei lalu.

Paul Low, Mohd Shukri, 1MDB

Artikel Lain