PRU14: PKR cipta sejarah raih 104 kerusi Parlimen - Semasa | mStar

PRU14: PKR cipta sejarah raih 104 kerusi Parlimen

Dr Mahathir Mohamad pada sidang media Bersatu mengenai PRU14 bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Chua Tian Chang.

PUTRAJAYA: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan PKR memenangi 104 daripada 222 kerusi Parlimen, manakala Barisan Nasional (BN) meraih 79 kerusi Parlimen.

Keputusan diterima pada 4.40 pagi itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media terakhir suruhanjaya itu kira-kira 5 pagi Khamis.

Menurutnya, PAS memperoleh 18 kerusi Parlimen, diikuti DAP (9), Warisan (8), Parti Solidariti Tanah Airku (1).

Sementara tiga lagi kerusi Parlimen dimenangi calon Bebas.-- Bernama 


PKR , PH , PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain