suria

PAS rampas Terengganu, kekal di Kelantan

PETALING JAYA: PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri tersebut.

Hashim pada sidang media itu mengumumkan PAS menang 28 kerusi DUN di Kelantan dan 18 kerusi DUN di Terengganu.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) juga sekali lagi berjaya membentuk kerajaan di Perlis dan Pahang, masing-masing dengan majoriti mudah 10 dan 22 kerusi.

Di Pulau Pinang Pakatan Harapan mengekalkan kedudukannya apabila diumumkan menang majoriti mudah 25 kerusi DUN.

Di Negeri Sembilan, sejarah telah tercipta apabila Pakatan Harapan diisytiharkan menang dan dapat membentuk kerajaan buat pertama kali selepas menang 20 kerusi, empat kerusi melebihi BN yang menang 16 kerusi.

PRU14

Artikel Lain