suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR nafi ada muslihat dalam proses kiraan undi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tiada unsur muslihat dalam proses pengiraan undi.

"Rakyat menunggu dan kami faham, beri kami masa untuk umum keputusan rasmi bila semuanya sudah disahkan," kata pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (gambar) pada sidang media yang dipengerusikan bersama kepimpinan tertinggi SPR pada Khamis.

Beliau menambah, berita tentang keputusan tidak rasmi adalah daripada ejen parti yang bertugas di pusat pengundian dan tidak ditentusahkan.

"Ia adalah tanggungjawab SPR untuk mengeluarkan keputusan yang telah disahkan," kata beliau.

Menurut Mohd Hashim, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelewatan itu seperti lokasi pusat pengundian di kawasan pedalaman.

PRU14, SPR

Artikel Sebelum

Artikel Lain