suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aduhai kereta terbakar ketika mengundi

PETALING JAYA: Gempar apabila sebuah kereta yang diletakkan di depan sebuah rumah di Jalan SS2/44 di sini terbakar secara tiba-tiba tengah hari Rabu.

Kejadian berlaku ketika pemiliknya dikatakan sedang mengundi undi di lokasi pembuangan undi di kawasan berhampiran.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 12.37 tengah hari.

Menurutnya, sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik sampai, anggota mendapati sebuah kereja jenis Mercedes terbakar di bahagian enjin.

“Kebakaran cuba dipadamkan orang ramai menggunakan alat pemadam api namun usaha itu gagal. Pasukan bomba yang tiba di lokasi beberapa minit selepas itu memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya. - Sinar Harian

Artikel Lain