suria

Tiada lagi undi lepas pukul 5 petang

PUTRAJAYA: Para pengundi masih beratur di kawasan pusat pengundian di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak dibenarkan mengundi selepas pukul 5 petang.

Tetapi pengundi yang terjejas boleh memfailkan petisyen untuk melakukan pilihan raya semula.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahun The Star pada Rabu masa yang digazetkan adalah pada pukul 5 petang dan tiada masa tambahan diberikan kepada pengundi yang sedang beratur seperti yang tertakluk pada nombor 23 Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

"Hanya mereka yang berada dalam saluran yang akan dibenarkan untuk menyempurnakan undian mereka," kata pegawai SPR ketika ditemui di sini.

Peraturan 23 menyatakan semua stesen dan pusat mengundi di seluruh Malaysia akan mempunyai masa tamat yang sama dan tiada kertas undi akan diisukan selepas tempoh itu.

Namun, pengundi yang sudah menerima kertas undi masih boleh mengundi.

"Bagaimanapun, pengundi (yang tidak dapat mengundi) boleh memfailkan petisyen kepada mahkamah selepas hari pengundian," katanya sambil menambah SPR akan melaksanakan pilihan raya kecil jika diizinkan oleh mahkamah.

Beliau menambah bahawa SPR tidak akan melanjutkan tempoh pengundian walaupun kenyataan bersama oleh pemimpin Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng meminta SPR supaya berbuat demikian.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain