suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joniston, Jo-Anna pamer saingan sihat di Kiulu

KOTA KINABALU: Mereka berdua mungkin seteru dalam kancah politik, namun realitinya Datuk Joniston Bangkuai dan Jo-Anna Henley Rampas sebenarnya berkawan dan telah mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama.

Pada petang hari pengundian, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat berjabat tangan dan bertukar senyuman sebelum pergi ke stesen undian masing-masing.

Joniston berkongsi gambar mereka berdua dengan kapsyen: "Pertemuan mesra dengan calon yang merupakan pesaing saya di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens."

Calon-calon yang bertanding di Kiulu yang merupakan kerusi di bawah Parlimen Tuaran ialah Joniston (Barisan Nasional), Gaibin Ransoi (PCS), Jo-Anna (Warisan) dan Terence Sinti (STAR).

PRU14, Kiulu

Artikel Sebelum

Artikel Lain