‘Highlight’ warna-warni Hari Penamaan Calon PRU14 - Semasa | mStar

‘Highlight’ warna-warni Hari Penamaan Calon PRU14

INFO terkini, gambar-gambar menarik sekitar Hari Penamaan Calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Proses penamaan calon kali ini dilihat menarik di beberapa kawasan khususnya di Langkawi dengan penglibatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa apabila Azwan Ali mahu menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali dan Bagan Datuk kononnya penglibatan Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin.

Proses penamaan calon bagi PRU14 berlangsung bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 di pusat penamaan calon di seluruh negara. Ia membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

- Calon BN DUN Suka Menanti, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memeluk isterinya Datin Seri Hizam Awang Ahmad sebelum menyerahkan borang penamaan calon bagi PRU14 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Sabtu. Pertandingan tiga penjuru antara calon BN menentang PAS dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Parlimen Alor Setar, DUN Suka Menanti dan DUN Alor Mengkudu manakala DUN Kota Darulaman akan berlaku pertandingan empat penjuru yang disertai calon Parti Rakyat Malaysia (PRM). -fotoBERNAMA

- Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah borang pencalonan untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian. - Sinar Harian

- Penamaan Calon Barisan Nasional di Parlimen Larut oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Datuk Faizul Arby Md Shohor (calon DUN Selama), Saliza Ahmad (DUN Kubu Gajah) dan Datuk Dr Muhammad Amin (DUN Batu Kurau).

- Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) menyerahkan borang pencalonan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong. - Bernama

- Bekas Ketua Pengarang Berita TV3,Khaidir Ahmad,56 yang  bertanding Dun Lanchang (N31)  datang dengan sepersalinan Melayu serta bertanjak  menjadi tumpuan media. - Sinar Harian

- Calon BN bagi Parlimen Kuala Langat, Shahril Hamdan (tengah) di pusat penamaan calon. Foto Facebook Shahril Hamdan

- Suasana di Bukit Antarabangsa, di mana selebriti Azwan Ali bertanding menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali. Pada PRU13 Azmin menang kerusi itu dengan majoriti 4,044 undi.

- Nik Omar Nik Abdul Aziz tiba di pusat penamaan calon BTP di Pengkalan Chepa kira-kira pukul 9.15 pagi. - Sinar Harian

- Khairy Jamaluddin selesai menyerahkan borang pencalonan P131 Parlimen Rembau di Dewan Sri Rembau.

- Lagu Kawan Setia, DJ Dave, menyemarakan setiakawan perarakan BN di Kemaman. Kelihatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan). - Bernama

- Calon PKR, Tan Yee Kew terlupa membawa MyKad dan tidak dibenarkan untuk masuk ke pusat penamaan calon. - BFM News

- Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan bersama Datin Seri Rosmah Mansor (kanan).

- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di SJKC Kwang Hwa untuk penamaan calon Parlimen Bagan. - Bernama

- Penyokong PAS berkostum Power Rangers di pusat penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. - Bernama

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sekali lagi akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen itu selepas tewas kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada PRU13 dengan 1,847 undi. Beliau dijangka berdepan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada kali ini.

- Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kubang Pasu, Kedah pada pukul 8.15 pagi. -fotoKosmoOnline

- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga calon Parlimen Marang tiba bersama calon lain dan penyokong di Pejabat Daerah Marang. - Bernama

- Tun Dr Mahathir Mohamad tiba ke pusat penamaan calon bagi Parlimen Langkawi.

- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Seri Rembau.

- Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk penamaan calon dengan #OOTD. Segak berbaju biru, warna lambang Barisan Nasional. Menariknya Najib akan ditentang oleh calon Harapan iaitu Zahid Mat Arip yang juga cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba.

- Calon Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yasin tiba di kawasan Pusat Penamaan Calon kira-kira pukul 8.40 pagi. Sempat melambaikan tangan kepada pihak media dan penyokongnya.

- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tiba di perkarangan pusat penamaan calon bersama penyokong di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


- Suasana Hari Penamaan Calon di Parlimen Bagan Datuk di mana Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memegang kerusi tersebut sejak 1995.

Lebih menarik apabila 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin dikatakan akan bertanding sebagai calon bebas bagi menetang Zahid.

- Selebriti Azwan Ali tiba di perkarangan Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang pada pukul 7.15 pagi untuk menghantar borang pencalonan sebagai calon bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa


- (LIVE) Suasana Hari Penamaan Calon di Pandan, di mana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan tempat penyandangnya Rafizi Ramli.

- Datuk Seri Hishammuddin Hussein sempat memuat naik gambar bersama keluarga di Twitter sebelum keluar ke Pusat Penamaan Calon.


Azwan Ali... calon DUN Bukit Antarabangsa

- Bernama melaporkan cuaca secara umumnya diramalkan cerah di kebanyakan negeri pada sebelah pagi Sabtu.

Bagaimanapun, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kesemua 31 kawasan Parlimen di Sarawak pada sebelah pagi manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak.


-Selebriti Azwan Ali keluar ke Pusat Penamaan Calon kira-kira pukul 6.30 pagi Sabtu. Menerusi video FB Live Bernama, dia dilihat memandu sendiri dan memakai baju-T merah. Azwan akan bertanding sebagai calon bebas menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali.

- Langkah bermula! Sekarang berada di Yayasan Aman dan sebentar lagi akan bergerak ke checkpoint berkumpul kedua. Pakat mai na! -FB Nurul Izzah (7.44 pagi)

PRU14 , penamaan calon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hari penamaan calon PRU14 Sabtu

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"