suria

Ditahan guna dron di kawasan penamaan calon

SHAH ALAM: Tiga penyokong calon ditahan kerana menggunakan dron di kawasan pusat penamaan di sini dan Bangi.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun di P101 Dewan Demense, Bandar Baru Bangi dan dua lagi lelaki berusia 33 dan 41 tahun di P108 Dewan Besar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 di sini.

"Siasatan mendapati salah seorang lelaki berkenaan adalah jurugambar bebas, manakala dua lagi adalah kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan penternak kambing.

"Mereka ditahan untuk merakamkan percakapan selain merampas dron terbabit," kata Mazlan.

Beliau berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Rakya (TPP) untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Tiga suspek itu boleh didenda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

dron, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua calon PPBM 'tak lepas'

Artikel Lain