suria

Calon PH: PAS pecat Nik Omar

PETALING JAYA: Ahli PAS, Nik Omar Nik Aziz yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sebagai calon Pakatan Harapan (PH), dipecat serta-merta.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, tindakan Nik Omar bertanding atas tiket PH bertentangan dengan perlembagaan parti dan perjuangan bapanya yang juga bekas mursyidul am PAS, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita mengambil keputusan memecat Nik Omar sebaik sahaja dia bertanding dengan parti lain.

"Tindakan menyertai pakatan pembangkang diketuai DAP itu tidak boleh diterima selain dianggap memalukan keluarganya sendiri," katanya ketika bercakap pada sidang media di Kota Bharu, Sabtu.

Takiyuddin berkata, keputusan Nik Omar itu tidak akan menjejaskan pengaruh PAS kerana beliau hanya anggota biasa.


Nik Omar, PAS, PH

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain