suria

Kereta dipulangkan, Azmin balik naik Grab

Azmin Ali (Gambar fail)


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk menaiki Grab selepas kereta rasmi kerajaan negeri diserahkan.

Beliau mengambil keputusan itu selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa pada Isnin bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) negeri itu diadakan.

Azmin membuat pengumuman itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menandatangani watikah proklamasi pembubaran dalam satu istiadat ringkas di Istana Alam Shah di Klang, kira-kira 10.30 pagi tadi.

Azmin di Twitternya memberitahu beliau dan exco menyerahkan kenderaan rasmi itu kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor susulan pembubaran itu.

Seorang wartawan luar negara berkata Azmin memberitahu bahawa beliau akan mengambil Grab untuk pulang.

"Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi kepada kerajaan negeri, MB Azmin berkata beliau akan mengambil Grab untuk pulang ke rumah," tulis wartawan itu di Twitternya.

Azmin turut mengulang tweet wartawan berkenaan.


Azmin Ali, Grab

Artikel Lain