suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Orang Asli Ditahan Tawar Khidmat Pemilikan Rumah Tidak Wujud

Gambar hiasan.

KUANTAN: Polis menahan seorang wanita Orang Asli yang dipercayai memperdayakan 70 mangsa dengan menawarkan perkhidmatan menguruskan proses pemilikan Rumah PR1MA Pahang yang tidak wujud melibatkan kerugian RM84,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supritendan Mohd Wazir Yusof berkata mangsa, 41, mengenali suspek,31, pada Jun tahun lepas yang kemudian menawarkan diri untuk menguruskan proses memiliki Rumah PR1MA Pahang.

“Mangsa kemudian bersetuju menyerahkan wang pendahuluan RM1,200 kepada suspek tanpa sebarang dokumen. Suspek selepas itu meminta mangsa untuk mencari 70 lagi pembeli yang berminat dengan rumah tersebut.

"Terperdaya dengan perkara tersebut, mangsa kemudian telah mencari mereka yang berminat dan menyerahkan wang sebanyak RM84,000 hasil kutipan daripada kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Bagaimanapun selepas serahan dilakukan, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa membuat laporan polis setelah menyedari ditipu.

“Sebanyak 20 laporan polis diterima setakat ini dan berikutan itu serbuan telah dilakukan  di kediaman suspek di Taman Tas Ria kira-kira 11 malam tadi,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai peniaga kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda.

orang asli, PR1MA

Artikel Lain