suria

Wanita Vietnam Maut Tikam Diri Sendiri Di Kedutaan Vietnam

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita Vietnam menikam dirinya sehingga maut di Kedutaan Vietnam di sini.

Tran Thi Mai, 37, dipercayai telah pergi ke kedutaan untuk bertanya tentang dokumen perjalanannya sebelum peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata pihak polis telah menerima laporan daripada kakitangan kedutaan tersebut.

"Siasatan kami mendapati bahawa wanita itu telah pergi ke kedutaan untuk menyelesaikan perkara-perkara mengenai dokumen perjalanannya.

"Dia kemudiannya marah dan mula menjerit kepada kakitangan kedutaan sebelum mengeluarkan pisau dari salah satu poketnya.

"Dia menikam dirinya di dada dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur oleh seorang lagi warga Vietnam yang berada di kedutaan tersebut pada masa itu," katanya.

Wanita itu meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan akibat daripada kecederaan tersebut.

tikam, kedutaan vietnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain