suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Rakyat Lulus RUU Antiberita Tidak Benar 2018

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang bertujuan mengekang penyebaran berita palsu dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi suara majoriti di peringkat jawatankuasa dengan pindaan pada Fasal 4 bagi menggantikan perkataan 'diketahuinya' (knowingly) dengan perkataan 'niat jahat'  (maliciously).  

Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun pada Fasal 5.

Terdahulu, G. Manivannan (PKR-Kapar) meminta usul undi belah bahagi dilakukan di peringkat dasar selepas sesi penggulungan rang undang-undang berkenaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Seri Azalina Othman Said.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan dengan 123 undi menyokong berbanding 64 yang menentang.

Menerusi rang undang-undang itu, ia mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan  berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu. - Bernama

Artikel Lain