suria

Harga Petrol, Diesel Kekal

PETALING JAYA: Harga baharu bahan api RON95, RON97 dan diesel kekal bermula 29 Mac.

Harga baharu petrol RON95 kekal kepada RM2.20 seliter, manakala RON97 juga kekal dijual dengan harga RM2.47 seliter.

Diesel juga kekal pada harga RM2.18 seliter.

Harga semua bahan api kekal dari 29 Mac sehingga 4 April. Foto Twitter RTM_Malaysia

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 4 April.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

bahan api, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain