suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Di Mana Aleya, Raheel?

Dua beradik yang dilapor hilang. Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Dua beradik dipercayai dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, pagi Khamis.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan, yang enggan dikenali, berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa adiknya mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil  seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya. - Bernama

Aleya Reyhana, Raheel Khan

Artikel Lain