suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan Gunung Kinabalu Dibuka Semula Esok

Gunung Kinabalu.

KUNDASANG: Tiada kerosakan pada laluan puncak Gunung Kinabalu dan aktiviti pendakian dibuka semula kepada orang ramai pada Sabtu selepas ditutup sementara malam tadi susulan kejadian gempa bumi, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Katanya, pasukan peninjau terdiri daripada 47 orang yang melakukan pemeriksaan pada Jumaat hanya mendapati kerosakan kecil pada laluan tersebut.

"Tinjauan bermula dari Pondok Timpohon ke Kemuncak Low di kilometer 8.72 (4,095 meter dari paras laut). Bangunan penginapan di kawasan Panalaban juga tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Masidi, pasukan peninjau itu disertai wakil Taman-Taman Sabah, malim gunung, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), porter gunung, Sutera Sanctuary Lodges (SSL) dan Mountain Torq.

Beliau berkata pada Jumaat malam, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais bersama sembilan stafnya, anggota Mosar dan staf SSL akan bermalam di kawasan Panalaban (3,272 meter dari paras laut) sebagai langkah tambahan untuk memastikan keadaan telah kembali selamat.

Gempa  bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Ranau dan beberapa kawasan di pantai barat Sabah pada pukul 9.06 malam Khamis.

Seramai 239 orang, termasuk 130 pendaki berada di Panalaban ketika kejadian dan dibawa turun dengan bantuan Mosar dan malim gunung. - Bernama

Gunung Kinabalu

Artikel Lain