suria

Sukar Banteras Mat Rempit

JOHOR BARU: Pihak berkuasa kesukaran membenteras pelumba motosikal haram atau mat rempit.

Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata ramai orang bercakap untuk menghalang ancaman rempit sejak beberapa tahun tetapi tidak ada apa yang berkesan untuk menghentikannya.

"Terdapat keperluan bagi mengkaji keberkesanan pendekatan dan strategi semasa untuk menangani masalah ini," katanya ketika dihubungi

.Lam Thye berkata masalah itu semakin serius walaupun banyak kempen dan sekatan jalan raya polis dilakukan.

Beliau berkata isu itu turut menarik perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang baru-baru ini turut meluahkan kemarahannya terhadap sekumpulan mat rempit kerana menggunakan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah sebagai tempat perlumbaan haram.

Sebagai tindak balas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mencadangkan undang-undang khusus untuk membendung mat rempit dan tingkah laku anti sosial yang lain.

"Undang-undang untuk mengekang tingkah laku anti-sosial, terutama mat rempit, adalah tepat pada masanya.

"Hakikat bahawa pihak berkuasa tidak dapat membendung masalah itu disebabkan oleh kekurangan undang-undang yang ketat," katanya.

Lam Thye berkata untuk memperkenalkan undang-undang baharu atau meminda undang-undang yang sedia ada bagi  menangani masalah sosial haruslah menjadi pilihan terakhir, tetapi Akta Anti-Sosial untuk mengekang mat rempit diperlukan.Undang-undang yang sama berlaku di banyak negara lain, dan sudah tiba ia  diperkenalkan di Malaysia, jelasnya.

Lam Thye berkata mat rempit juga memberi ancaman kepada keselamatan awam kerana ada juga yang terlibat dalam ragut.

Mereka juga mendorong emunculan "mat lajak", penunggang basikal  yang berlagak dan meniru aksi mat rempit menggunakan basikal mereka.

"Mereka menunggang basikal  yang diubahsuai di kawasan awam, membahayakan nyawa mereka sendiri dan pengguna jalan lain," katanya.

Mat rempit

Artikel Sebelum

Artikel Lain