Bukan Kerana Air Jampi - Semasa | mStar

Bukan Kerana Air Jampi

Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah. Foto Sinar Online

KUALA PILAH: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bekas air yang kononnya mengandungi air jampi yang digunakan untuk 'mengubati' Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang maut didera pada Rabu lepas, tidak mempunyai kaitan dengan kes.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara utama dalam siasatan pada masa ini tertumpu kepada punca kematian murid tahun tiga itu.

"Kalau terdapat mana-mana bukti yang menunjukkan ada kaitan dengan pembunuhan tersebut kita akan ambil kenyataan individu yang terlibat. Berdasarkan siasatan buat masa ini, air jampi yang dibuat oleh seorang individu yang bergelar ustaz tersebut tiada kaitan dalam kes ini kerana ia hanya sekadar minuman," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti di sini yang turut dihadiri Pengetua SMK Tunku Besar Burhanuddin, Adnan Abd Aziz dan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Haslah Bachok.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad dilapor sebagai berkata polis merampas bekas air kononnya mengandungi air jampi yang digunakan suspek untuk 'mengubati' anaknya, Nur Aina Nabihah, yang maut didera, pada Rabu lalu.

Turut dirampas ialah bahan bukti berupa tali pinggang tentera dan sebuah bangku kecil yang sudah patah.

Nur Aina Nabihah, 9, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut dekat sini, malam 31 Januari lepas.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak serta tulang rusuk kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rentetan itu, suspek yang juga bapa Nur Aina Nabihah dan ibu tirinya masing-masing berusia 35 dan 34 tahun direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 29 orang pelajar menerima watikah perlantikan daripada Noor Azam. - Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.